Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Nak tahu tips untuk naikkan berat badan? Jom, Ratusuri kongsikan sedikit ilmu sakti.hihi

Bagi yang berbadan kurus, sama macam Ratusuri ni, mesti dah lali dengan gelaran 'tiang letrik' atau 'sekeping papan'. Iye tak? Paling haru kalau dapat orang yang mulut sikit punya laser, 'Bela Saka ker??' Haa.. mau tak sentap kan. Maklumlah, makan banyak berpinggan-pinggan, malam hari melantak lagi tapi berat tetap tak naik-naik..

Umumnya, mereka yang mempunyai BMI yang kurang daripada 18.5 dianggap underweight dan cenderung untuk mempunyai komplikasi kesihatan seperti kehilangan jisim tulang, penurunan imuniti, perubahan suhu badan, anemia, kekurangan zat besi dan menjejaskan kesihatan.

Jadi jangan dilihat tubuh yang kurus tidak berisiko dengan masalah kesihatan ya! Antara risiko lain ialah pembentukan Aterosklerosis. Apa itu? Haa.. bilamana aliran darah mula menyempit untuk disalurkan ke tisu badan dan akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung dan strok. Nak ke? Ohh.. mestilah tak mahu kan...

* Kehadiran LDL (kolesterol jahat) berketumpatan rendah dalam darah

Jadi, sila follow baik-baik ya tips di bawah. Amalkan dan semoga berjaya!

1. Tambahkan kudapan dan snek dalam diet harian.

● Tinggi kalori dengan sumber protein dan lemak yang sihat.
● Contoh: Smoothies & shakes

2. Senaman.

Bukan orang yang nak kurus sahaja yang wajib bersenam. Nak gemuk pun sama ye...

● Senaman yang tingkatkan jisim otot seperti angkat berat (oh no!) → otot akan membesar
● Senaman seperti push up dan squat jump
● Elakkan olahraga yang berlebihan untuk elakkan kecederaan otot

Nak tahu makanan tambahan peningkat selera dan berat badan? Meh tengok sini, NAIK BERAT BADAN

3. Dapatkan tidur yang cukup.

Kekurangan tidur bagi mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi akan menyebabkan badan membakar lebih kalori.

● 6-8 jam sehari

4. Makan setiap 4 jam.

Pastikan waktu makan teratur. Jangan biarkan badan tanpa makanan melebihi empat jam.

● Makan secara teratur penting untuk tambahkan tisu otot.

5. Makan pelbagai jenis makanan.

Berikan spektrum nutrien yang lebih luas kepada badan.

● Karbohidrat
● Protein
● Lemak

------------------------------------------------------------

TIPS GILER KENTANG!

Siapa suka makan kentang? Mesti ramai yang suka kan...sebagai sumber karbohidrat, kentang mempunyai protein tinggi selain serat dan vitamin C. Jadi, makanlah kentang dengan kulitnya sekali! Untuk manfaat yang lebih baik. Ketika kentang dikupas, khasiat proteinnya berkurang lebih daripada setengah! Cara yang sederhana, rebus kentang bersama kulitnya setelah dibersihkan. Jadi anda akan dapat nutrisi kentang dengan optimum.

Kalau nak tanya apa-apa, laju-laju whatsapp Ratusuri ya.

0189028284

Ratusuri.

Nak pelan diet harian untuk sarapan, snel pagi, makan tengahari, snek petang, makan malam dan supper? Jangan malu-malu, whatsapp Ratusuri

0189028284

Nanti Ratusuri kongsi.
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua..

Anda tercari-cari pengedar sah Shaklee yang boleh terus menghantar barang ke rumah anda?

Hubungi saya sekiranya anda mahukan COD di kawasan-kawasan berikut:

Nilai : Bandar Baru Nilai, USIM, Mantin, Kampung Gebok, Lenggeng, Setul, Batang Benar dll

Sepang : BBST, Salak Tinggi, Pekan Salak, Kota Warisan, Bukit Changgang dll

Kawasan-kawasan lain yang berada di dalam jajahan Nilai dan Sepang juga boleh. Caj penghantaran bagi luar kawasan akan dikenakan RM10, namun jika baik budi bicara saya, free sahaja..hihi

Hasil Google Map dalam line semput ala siput, ini lah kawasan khas untuk anda, saya CODkan...

Sebarang pertanyaan, boleh segera whatsapp atau hubungi 0189028284





Ingin tahu promosi terkini? Ingin dapatkan potongan harga 5%-20%? Tunggu apa lagi....

Whatsapp 0189028284

● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●

Ratusuri:

Perkhidmatan penghantaran terus Shaklee ke rumah anda bersama konsultasi berterusan mengenai produk dan penggunaannya.

Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee? Modal hanya RM69 seumur hidup > TANPA RENEWAL


Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Ratusuri nak war-warkan satu berita penting. Ahaa.. datang dekat-dekat dan dengar apa yang Ratusuri nak bagitahu.

Anda mungkin antara pengguna tegar Instagram bukan? Yelah, pantang ada masa free lepas kerja mesti nak scroll instagram kan.. actually sekarang ni bukan tunggu masa free, waktu masa tak free pun mata still nak terjeling ke instagram kan, nak tahu update terkini artis-artis Malaysia, iklan-iklan fesyen up to date, ataupun apa sahaja yang menarik minat anda.

Ramai yang ada account instagram untuk personal passion, seperti upload ratusan gambar selfienya, pengembaraan keliling dunia atau hanya perjalanan seharian. Ada juga yang buat account semata-mata untuk stalk sesiapa yang diminati, dibenci atau yang menarik perhatian. Tapi, paling ramai ialah dengan tujuan berniaga online atau membeli secara online.

Maklumlah, kegunaan hashtag sangat memainkan peranan penting. Hanya taip #handbegmurah, maka keluarlah beribu-ribu gambar handbag. Memang syurga dunia bagi kaki shopping online. Cuma kene rajin bandingkan harga lah bagi mereka yang memang rajin.hehe

Jadi, Ratusuri nak bagitahu, selain medium blog ini di mana pembaca boleh ekses maklumat dan membuat tempahan (produk shaklee) dengan Ratusuri, ioll pun ada instagram tau.hihi 

Jadi janganlah segan silu untuk follow ya.. dalam masa terdekat akan ada hadiah misteri untuk FOLLOWERS yang bertuah. Mungkin anda? Siapa tahu kan..

Instagram: @skincare_bymastershida


Hashtag milik Ratusuri ialah #0189028284 (untuk mudah membuat tempahan)

Pelbagai rangkaian produk kecantikan dan kesihatan buat semua. Beserta tips kecantikan dan kebaikan dan testimoni produk.

Untuk kecantikan, @skincare_bymastershida ada menawarkan Set Dalaman dan Set Luaran, terdiri daripada produk penjagaan kulit muka hingga ke suplemen vitamin tambahan. Set Flawless Beauty pun ada...

Jom cuci maka di sini..




Jika ada yang berminat nak jadi geng bisnes Ratusuri, jom! 


Apa yang bestnya jalan-jalan ke instagram ni? Haa.. uoll boleh komen dan DM admin ya, insyaallah fast reply. Jika bertuah, uoll mungkin akan dapat sesuatu yang istimewa dengan pembelian di instagram. Yeay~

Apalagi, jom follow dan tag kawan-kawan ramai-ramai ya..❤ Nak tanya apa-apa, boleh terus whatsapp Ratusuri : 0189028284

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Sebelum ini Ratusuri dah bercakap pasal Zinc, tapi harini nak tambah lagi... jom baca..

17 KELEBIHAN ZINC
*saje-saje buat ayat matematik kat tajuk tu.hehe

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut... tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita.

Jom kita semak khasiat2 dan kelebihan Zinc.

1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA: Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

3. MENYEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.

4. KESIHATAN KULIT : zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6. GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
   
9. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN : Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.

13. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink.

15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.

16. KEMEROSOTAN TULANG: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. RABUN MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Haaa sesiapa yang ada masalah di atas, sila lah ye... Zinc bulan ni beli 4 dengan harga 3 botol. Januari 2016 sahaja..

Nak cepat, mohon segera ambil henfon dan whatsapp Ratusuri untuk tempahan

0189028284

*credit to Master Lyna Noh iReach

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Ratusuri nak share tips sikit. Tips yang mudah dan boleh diamalkan selalu, sesuai untuk semua ya. 

Bye Bye Mata Sembap


Jangan tak tahu, penting tau untuk kita sentiasa menjaga kesihatan mata dan memastikan mata sentiasa kelihatan bermaya dan menarik. Apa taknya, dari mata jatuh ke hati kan...hihi
Bukanlah niat nak menggoda orang, tetapi mata antara anggota penting dalam komunikasi harian selain mulut. Kata orang, selain body language, eye contact juga perlu dijaga.Nak berdepan dengan orang rasa kurang konfiden sebab mata dah rupa mata panda. Tak apa, Ratusuri kongsikan beberapa tips yang ada dan bolehlah selalu amalkan.

TIPS PERTAMA


Ambil putih telur dan pukul sehingga kembang. Gunakan berus untuk sapu pada keliling mata. Biarkan selama 10 minit dan cuci sehingga bersih. Putih telur ini membantu melancarkan aliran darah pada kawasan mata selain mengurangkan inflamasi.

 TIPS KEDUA


Potong dan tumbuk secekak daun mint. Letakkan daun yang ditumbuk lumat itu pada kawasan gelap bawah mata. Biarkan selama 20 minit kemudian cuci.

TIPS KETIGA


Hiris nipis kentang dan tekapkan pada kedua dua belah mata. Biarkan selama 10 minit kemudian cuci. Cecair pada kentang mengandungi astringent yang berfungsi mengurangkan kandungan air bawah mata dan sekaligus mengelakkan sembap di bawah mata.

---------- ❤❤❤ ---------

Amalkan selalu dan jangan malas. Dalam setiap tips yang dibero, satu saja pesanannya, RAJIN. Maka, lambat laun akan dapat juga hasil yang diidamkan..

Kalau rasa macam leceh dan renyah nak buat segala bagai ni, Ratusuri boleh bagi satu lagi alternatif mudah. Jeng jeng jeng~

ENFUSELLE EYE TREATMENT


Eye Treatment kan ada..... Boleh membantu semua masalah berkaitan penjagaan kesihatan mata termasuklah mata sembap, lingkaran bawah mata, bagasi mata a.k.a eye bag, garis halus bawah mata dan kedutan di sekeliling mata.

Agak-agak ada yang nak tak? Oh, belum tahu lebih lanjut ya? Ok, mari sini Ratusuri bagitahu.

Eye Treatment ini telah dibuktikan secara ujian klinikal tau. Pakar Oftalmologi pun berkecimpung sama dalam ujian klinikal ini untuk melihat keberkesanannya. 



Selain dari memberikan kesan yang best, Eye Treatment ini pun dijamin kandungnnya, iaitu dari ekstrak botani dan bukannya dari bahan kimia yang merbahaya, hatta pemakai kanta lekap a.k.a contact lense pun sesuai untuk pakai tau. Ianya Hipoalergenik.



Harga pun Ratusuri jamin, ianya sangat berbaloi dengan kesan yang diberikan. Hanya RM52.50 untuk satu tiub. Jika mahu lebih jimat, jom sertai ahli dan nikmati penjimatan berganda dengan set kecantikan dan skincare yang lain.



Ok, Ratusuri dah share semua kebaikan yang ada pada Eye Treatment ini, jadi tunggu apa lagi, Jikaada yang berminat dengan Enfuselle Eye Treatment Shaklee, segera hubungi Ratusuri untuk tempahan.

Sekian dan selamat beramal. Jangan lupa, untuk tempahan boleh segera hubungi Ratusuri. Jika ada sebarang pertanyaan, segera ambil telefon anda dan...

Whatsapp 0189028284

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua..

Ratusuri percaya ramai yang mengambil vitamin atau multivitamin tambahan untuk kesihatan tubuh badan. Almaklumlah, semua ini tidak mencukupi jika hanya bergantung kepada pemakanan seharian sahaja, lebih-lebih lagi gaya hidup moden zaman sekarang kan.. semua nak segera.

Apa itu multivitamin? Multivitamin ialah gabungan vitamin-vitamin yang berbeza, yang ada di dalam sumber makanan atau sumber semulajadi yang lain.

Fungsi utama multivitamin ialah untuk menampung kekurangan vitamin yang tidak diambil di dalam pemakanan harian.
Multivitamin juga digunakan untuk mereka yang mengalami kekurangan vitamin disebabkan sakit, hamil, tidak cukup zat, masalah penghadaman dan juga lain-lain.

Jadi, bagi mereka yang mengamalkan multivitamin, mari kita semak 3 perkara yang perlu diawasi sekiranya ada mengambil multivitamin.


Pertama, elakkan mengambil multivitamin lebih daripada 1 produk dalam masa yang sama kecuali jika disarankan oleh doktor. Contohnya anda ada mengambil multivitamin dari jenama X dan dalam masa yang sama turut mengambil multivitamin dari jenama Z. Kenapa tidak boleh? Dengan pengambilan vitamin yang sama, ia boleh menyebabkan overdose yang mana kesan buruk yang serius boleh berlaku.

Kedua, jika multivitamin anda mengandungi Potassium, elakkan penggunaan garam secara regular di dalam diet anda. Jika anda sedang dalam low-salt diet, minta nasihat doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa vitamin atau suplemen.

Ketiga, jangan ambil multivitamin bersama-sama dengan susu atau mana-mana produk tenusu, suplemen kalsium atau antacids yang mengandungi kalsium. Ini kerana kalsium boleh menyukarkan badan anda untuk menyerap beberapa zat penting yang ada di dalam multivitamin tersebut.

Ratusuri juga nak kongsi satu tips penting. Amalkan pengambilan multivitamin bersama Vitamin C, supaya penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Shaklee juga ada mengeluarkan multivitamin semulajadi yang sangat bermanfaat kepada pengguna. Ia merupakan multivitamin dan mineral yang pertama yang dicipta di dunia iaitu pada 1915. Peningkatan teknologi telah merubah bentuknya dari cecair kepada tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.


Jom lihat apa istimewanya Vita-Lea Shaklee ini.




Jika ada yang berminat dengan Vita-Lea Shaklee, segera hubungi Ratusuri untuk tempahan.

Sekian dan selamat beramal. Jangan lupa, untuk tempahan boleh segera hubungi Ratusuri. Jika ada sebarang pertanyaan, segera ambil telefon anda dan...

Whatsapp 0189028284
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Ratusuri perhatikan banyak lambakan produk kolagen di pasaran sekarang. Macam-macam nama, macam-macam kaedah promosi dan macam-macam juga kandungannya. Tapi, betulkah produk yang dijual itu adalah the best? Masing-masing claim benda yang sama. Putih dalam masa seminggu malah sehari. Kadang-kadang iklan dia tu overclaim sungguh. Maaf lah ya..


Sebelum ini banyak juga Ratusuri buat survey. Nak tengok sama ada kolagen ini memang bagi kesan yang dijanjikan atau tidak. Maklumlah, kalau sekadar berpandukan testimoni, boleh wujud kesangsian. Malah ada produk yang curi testimoni produk yang lain untuk melariskan jualannya. Sangat tak professional. Jadi, lebih baik Ratusuri cari produk yang ada ujian klinikal kan. Bila ada clinically tested ni Ratusuri yakin sikit. Kita boleh lihat kesungguhan dan pelaburan syarikat untuk produk tersebut dalam membuktikan keberkesanannya.


Ok, dipendekkan cerita Ratusuri dah jumpa lah apa yang dikatakan kolagen yang terbaik. Rasa sangat seronok dan mahu berkongsi kepada semua pembaca. Kalau nak tahu apa kolagen itu, teruskan baca ya.

Nama diberi ialah Shaklee Collagen Powder (SCP). Gambarnya macam kat bawah ni ya. Packaging yang mudah dan simple untuk kegunaan pengguna. Dalam satu kotak ada 15 sachet. Jadi, untuk penggunaan yang terbaik ialah dua kotak sebulan.


Kenapa Ratusuri kata ia adalah kolagen yang terbaik? Macam yang Ratusuri katakan tadi, sebab kolagen ini ada ujian klinikal. Testimoni? Haa.. tak perlu cakaplah. Google sahaja, awak akan jumpa banyak orang yang share testimoni masing-masing dan pengguna SCP ini. Ini result ujian klinikal untuk SCP.

Lagi? Ya. Lumrah dan fitrah wanita mahupun lelaki mahukan kulit dan perawakan luaran yang cantik kan? Jadi, SCP ni ada empat tindakan utama untuk kulit.
● Melembapkan kulit
● Melembutkan kulit
● Mengurangkan kedut dan garis halus
● Menyerlahkan dan menaikkan seri muka

Bagaimana boleh dapatkan empat tindakan utama ini? Ya, pastinya dengan ramuannya. Ramuan kolagen SCP ni pun wallawehh memang superb. Ada tujuh ramuan utama termasuklah ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus, Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS. Ratusuri baca satu persatu kandungan dan khasiatnya, membuatkan Ratusuri sangat teruja dan yakin untuk makan kolagen ini. Tapi kalau nak cerita semua dekat sini panjang sangat kan, jadi Ratusuri akan kongsika di sini >> Fungsi Ramuan Utama Kolagen.

Apa yang membezakan SCP dengan kolagen lain di luar sana? Ianya sangat unggul! Mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari iaitu sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi. Jadi? Kolagen dari sisik ikan ini sangat rendah dalam berat molekular iaitu sekitar 1000 dalton sahaja. Kesannya ia sangat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Hebat kan?


Selain khasiat, ramuan, tahap keberkesanan, tak lupa juga Ratusuri nak kongsikan manfaat lain. Kolagen SCP ini selain menambahkan elastisiti kepada kulit, ia juga membantu kulit cepat sembuh dan mengurangkan parut. Ia juga menghilangkan tanda penuaan! Rambut, kuku, kulit, tulang, mata juga semakin sihat dengan amalkan SCP.

Ingat, umur bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan kita kekurangan kolagen, tapi juga disebabkan faktor luar seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, tabiat merokok dan lain-lain. Jadi, kolagen yang berkurang dan musnah ini perlu diganti semula. Apa tanda badan kurang kolagen?? Mari baca di sini BADANKU KURANG KOLAGEN.


Nak Stay Young and Gorgeous? Amalkan SCP.

Alhamdulillah Ratusuri juga sudah mula mengamalkan SCP ini. Anda semua bila lagi? Kebetulan promosi SCP sedang berlangsung, jom dapatkan sekarang.

Whatsapp 0189028284

Ingin tahu Tips Memilih Kolagen Terbaik?
Ingin tahu Tips Pengambilan Kolagen dengan Betul Supaya Kesan Nampak Dalam 3 Hari?
Semua tips ini akan Ratusuri kongsikan.

Kata orang putih, Stay Tuned!

Sekian dan selamat beramal. Untuk tempahan, boleh segera hubungi Ratusuri. Jika ada sebarang pertanyaan, segera ambil telefon anda dan...

Whatsapp 0189028284

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

"Tak sangka... sungguh ku tak sangka..."
Selepas baca sampai ke bawah, tak sangka memang selama ini badan kita sudah kekurangan kolagen. Lagi-lagi ditambah dengan faktor umur sudah mencapai 25 tahun ke atas.


Dalam hal begini, Ratusuri tak mampu nak tolong lebih. Mari sini dekat-dekat, Ratusuri nak kongsikan bagaimana mahu tahu bahawa badan kita ini sudah kekurangan kolagen. Apakah tanda-tanda badan tidak cukup kolagen dan apa tindakan selanjutnya? Dan pastinya, Ratusuri ada sesuatu yang best untuk dicuba bilamana dah tahu badan itu sudah menyusut kolagennya. :)

Baik, Ratusuri nak bagitahu, semua orang boleh cek dan periksa diri sendiri dengan meneliti kesemua tanda-tanda kolagen berkurangan dalam badan. Ada 7 kesemuanya. Mana tahu ada pada kita kan? Jom baca!

1. Wajah kelihatan kusam, berjerawat, tompok hitam muncul, lingkaran gelap bawah mata juga mula timbul dan penglihatan menjadi kabur.

2. Gusi sering berdarah.

3. Garisan halus atau kedutan mula muncul pada leher.

4. Payudara menjadi kendur, mengecil dan punggung mula menggeleber.

5. Kuku menjadi pecah, berwarna kekuningan dan kelihatan kasar serta kusam.

6. Liang pori pada wajah membesar menyebabkan wajah kusam dan terjadi penuaan sebelum usia.

7. Badan tidak cergas, cepat lenguh sendi, muncul kedutan pada kulit dan tidak lagi tegang, kulit terasa kering dan kusam. Ringkasnya, muka kelihatan tua dari usia sebenar.





Kalau anda ada tanda-tanda yang disenaraikan, mohon dengan segera jangan buat tak tahu dan biarkan saja. Ambil tindakan. Cari kolagen yang terbaik dan mula rawat dari dalam. Dapatkan kolagen tambahan untuk badan supaya kekal sihat, cergas, cantik dan awet muda.

Nak tahu 8 Fakta Mengenai Kolagen? <<KLIK SINI

Nak tahu kolagen Yang Terbaik? <<KLIK SINI

Jangan cakap kolagen tak penting.... kalau tak cukup, mungkin akan dapat semua masalah dan risiko yang disenaraikan ini. Nak ke?

Tak sangka kan? Jadi apa tindakan sekarang? Tunggu dan lihat lagi kesan yang lebih menyedihkan? Atau segera ambil telefon anda dan...

Whatsapp saya 0189028284

Untuk tempahan Twin Pack Kolagen SCP dengan potongan harga 5% (promosi Disember 2015)