Jenis Cyst 1 : Cyst Kalenjar Bartholin

by 19:18 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua..

Hari ini Cucu Mak Jemah Jual Vitamin nak bercerita tentang cyst atau bahasa melayunya dipanggil sista. Ada banyak jenis sista ni ya. Yang terkenal ialah Ovarian Cyst. Cuma hari ini, saya nak bercerita tentang Bartholin Gland Cyst atau sista kelenjar Bartholin. Oke, jangan ditanya asal usul borthalin itu dari mana, mari kita baca selanjutnya apa itu cyst bartholin ini.

Sista kelenjar bartholin ini kerap berlaku kepada wanita yang berada dalam lingkungan umur yang subur iaitu 20-an. Ia wujud berhampiran dengan bukaan vagina. Kelenjar ini bertugas untuk membekalkan mukus dan kelembapan untuk kawasan vulva. Duktus yang menyambungkan kelenjar bartholin dengan bukaan vagina wanita berukuran 1 inci panjangnya dan jika ia tersumbat, ia akan menyebabkan sista kelenjar bartholin.

Sista bartholin ini tidak menyakitkan dan kebiasaanya tidak memerlukan rawatan. Namun begitu, sekiranya berlaku jangkitan kepada kawasan tersebut, nanah akan terbentuk dan penghidap sista ini akan mengalami kesakitan yang amat sangat di mana ia dipanggil nanah bartholin.

Jika dikaji mengenai punca nanah bartholin ini, umumnya ia terjadi disebabkan jangkitan, kecederaan, pembengkaka atau radang. Bakteria yang wujud di tempat jangkitan ini dan menyebabkan jangkitan berlaku adalah gonococci dan chlamydia. Apabila duktus tersumbat, mukus akan terkumpul di dalam kelenjar.

Gonococci
Chlamydia
Tanda-tanda jangkitan ialah apabila merasai kesakitan pada bahagian vulva yang membengkak itu dan kebiasaanya penghidap sista bartholin yang bernanah ini akan duduk di atas sebelah punggung sahaja. Pesakit juga mungkin akan mengalami demam selain bahagian vulva membengkak, kemerahan dan berasa sakit. Umum, ramai yang tidak sedar dengan kehadiran sista ini kecuali ketika membuat pemeriksaan berkala dengan doktor, iaitu pemeriksaan pelvik.

Sista yang tumbuh lebih besar daripada diameter 1 inci, pesakit akan mula berasa tidak selesa, terutamanya ketika duduk, berjalan dan ketika melakukan hubungan seksual. Secara Faktanya, kelenjar bartholin ini menyediakan cecair untuk pelinciran semasa hubungan seksual, dan jika salur kepada kelenjar tersumbat ia akan membesar dan dipenuhi lendir. Dan dengan itu ia dikenali sebagai sista.



*** Kelenjar kecil di kedua-dua belah pembukaan faraj , yang dipanggil kelenjar Bartholin ini , boleh menjadi tersumbat. Cecair kemudian berkumpul dan kelenjar membengkak , membentuk sista. Sista terdiri daripada saiz kacang dengan bola golf atau lebih besar. Selalunya, ia berlaku hanya pada satu bahagian . Mereka mungkin dijangkiti , membentuk satu bola yang bernanah.

Rawatan yang terbaik ialah berjumpa dengan doktor dan berbincang mengenai tahap sista tersebut. Jika ia sudah dijangkiti, adalah dinasihatkan untuk membuang sista tersebut melalui pembedahan kecil.



Apa yang Shaklee boleh tawarkan dalam hal ini? Jika ia melibatkan jangkitan, boleh dapatkan antibiotik semulajadi seperti Nutriferon atau Alfalfa yang bertindak sebagai anti kulat. Namun, untuk kebanyakan masalah cyst selain cyst bartholin ini, ramai mengesyorkan GLA Complex, terutamanya untuk ovarian cyst dan fibroid yang sangat popular di dalam kalangan wanita. Untuk jenis cyst yang lain, akan dikupas di entri yang lain.

Bagaimana GLA bertindak?

GLA Shaklee dapat membantu maaalah hormon sekaligus dapat mengecutkan cyst. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Mahu dapatkan GLA bersama konsultasi? Anda boleh hubungi saya sekarang. 0189028284 

****

Murshidah Mazlan
Cucu Mak Jemah Jual Vitamin
0189028284 (call/sms/whatsapp/telegram/wechat)
Shaklee Independent Distributor ID 918509

**Mahu COD Shaklee? Hubungi saya 0189028284 bagi sekitar Sepang/ Nilai/ Salak Tinggi/ KLIA

Ratu Suri

Jadilah Seorang Ratu Dan Suri Kepada Rumahtangga

Seorang WAHM sepenuh masa, komited dengan kesihatan ibu dan wanita. Boleh dihubungi di talian 0189028284 @ email: murshidahmazlan@gmail.com

0 comments:

Post a Comment