Resepi Kurma Merah & Longan Kering Rebus

by 15:45 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua...

Sebelum ni, Cucu Mak Jemah Jual Vitamin ada buat entri mengenai sumber makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Jemputlah baca ya. So, antara resepi yang dah berjaya dibuat ialah Sup Sawi Lobak Putih dan hari ini pula ialah Air rebusan Kurma merah dan Longan Kering.

Bagi ibu yang mula risau dengan susu badan yang makin merudum tu, bolehla cuba juga resepi air rebusan ni. Jadi, mula-mula dapatkan bahan utamanya dahulu iaitu buah kurma merah dan buah longan kering. Kurma merah senang nak cari, lagi-lagi bila dah biasa beli kurma, mintak aja kata nak kurma merah pulak kali ni. Longan kering pulak, boleh dapatkan di Giant (kadang-kadang takde jugak) atau Jusco. Biasanya kedua-dua buah ni ada kat Jusco. Beli sekaligus dekat tempat yang sama pun lagi mudah.

Orait, cara-caranya ialah:
  • Basuh bersih-bersih buah kurma dan longan kering tadi. Kurma merah tu, sebaiknya dibelah dua dan dibuang biji dulu kalau ada. Kalau taknak pun takpe.
  • Toskan selepas basuh dengan bersih.
  • Rebus kesemua buah ini dalam periuk ikut tenggelam buah atau sukatan air, terpulang kepada masing-masing nak banyak mana.
  • Kalau mahu buat pekat, boleh diletak sedikit gula, kerana kemudian boleh diminum dengan menambah air masak sahaja.
  • Rebus buah-buah ini selama 15-20 minit. Agak-agak nampak air macam dah makin keruh macam air teh tu, bolehla tutup api dapur.

  • Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan letak di dalam peti sejuk. 
  • Apabila mahu minum, tambah sedikit air masak. Kalau lbih suka minum suam-suam, boleh ditambah air suam.

Selamat mencuba ya! (^___^)

Ratu Suri

Jadilah Seorang Ratu Dan Suri Kepada Rumahtangga

Seorang WAHM sepenuh masa, komited dengan kesihatan ibu dan wanita. Boleh dihubungi di talian 0189028284 @ email: murshidahmazlan@gmail.com

0 comments:

Post a Comment