Resepi Makaroni Bakar Simple

by 23:01 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Sejak dua menjak tak lalu makan nasi ni, selera berubah kepada mee, dan yang seangkatan dengannya macam pasta, ala western gitu. Macam mengada kan? Haha.. tapi apakan daya, nampak nasi pun rasa loya semacam. Harapnya sekejap aja macam ni. 

So, pergi mengorek 'isi dapur', terjumpa macaroni. Yezza! Mari kita bakar ini makaroni. Simple aja resepinya. Pejam mata pun siap. Eh yeke? Tak baik tipu..hihi 
Simple pun tak apa, asalkan boleh dimakan dan anakku pun suka. Alhamdulillah..

Jom sediakan bahan.
  • 250g makaroni/elbow pasta (pasta bentuk siku)
  • 4 biji telur
  • 200g daging kisar
  • 1/3 caan susu pekat
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong kecil-kecil)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan sedikit serbuk lada sulah
Maka bila ada bahan-bahan di atas, bolehlah kita mula memasak. Cara-caranya:
  • Rebus dahulu makaroni sehingga empuk, dan toskan. Semasa merebus, saya letak sedikit garam dan minyak zaitun.
  • Kemudian, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 
  • Masukkan daging kisar dan biar seketika hingga daging masak.
  • Tuangkan susu pekat dan kacau sebati.
  • Masukkan makaroni.
  • Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  • Gorenglah sekejap sebelum tutup api.
Now, masuk part membakar.
Sapu loyang dengan marjerin sikit dan tuang makaroni tadi ke dalam loyang.
Tuang telur sehingga menutupi makaroni.
Bakar!

Suhu? 130' selama 45 minit. 

Kalau saya, saya guna Pemanggang Ajaib. Time masak asyik bukak tutup nak tengok isi kat dalam.hehe

Pssst..ada orang tak gemar telur, diganti dengan cheese. Ha, itu dah jadi resepi lain ya. Apa-apa pun terpulang kepada citarasa masing-masing. Pastu, nak menambah sedikit dedaun hijau pun bole, ada jugak sumber serat kat situ.hehe
 
Gambar ni google sebab I tak bawak phone gi dapur.hahaha~



Ok, kalau rasa nak makan cuba la masak walaupun resepi ni sangat simple sahaja. Bye-bye.

Ratu Suri

Jadilah Seorang Ratu Dan Suri Kepada Rumahtangga

Seorang WAHM sepenuh masa, komited dengan kesihatan ibu dan wanita. Boleh dihubungi di talian 0189028284 @ email: murshidahmazlan@gmail.com

2 comments: