Sandwich Tuna Sedap dan Mudah

by 22:58 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Sekarang dah malam, lebih kurang pukul 1020 pm. Tapi perut dah mula menyanyi. Sejak dua menjak ni memang cepat lapar dan memang kene makan kalau dah rasa lapar tu, kalau tak makin ber'asid' la perutku~ 
Rugi tak singgah pasar malam tapau murtabak dua keping tadi.haha. Ok la, sebab dah lapar, malam ni buat sandwich tuna aje, yang penting sedap dan mudah nak buat. Biasa orang makan time sarapan, tapi takde masalah pun kalau makan waktu malam sekadar alas perut kan~ :D

Cara nak sediakan mudah, pastikan bahan-bahan cukup ya. Adik sekolah rendah pun boleh buat nih.hehe

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti (dinasihatkan ambil whole grain sebab ini lebih mengenyangkan dan menyihatkan)
  • Separuh tin isi Tuna Chunks in Oil (Ayam Brand) : kalau nak brand lain dan jenis lain pun boleh
  • Bawang Putih (cincang halus)
  • Bawang Holland ( potong dadu/hiris bulat2)
  • Sedikit lada benggala. (Nak letak lada merah biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar mayonis
  • Hirisan tomato
  • Hirisan salad
  • 2 keping cheese potong empat setiap satu
  • Sedikit serbuk lada hitam
Cara-caranya:

Gaul isi tuna bersama mayonis, bawang putih dan bawang holland yang dipotong dadu tadi. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Ada yang suka tambah garam. Up to you.

Bila dah siap gaul inti tuna, sila bentang roti, letak salad, isi tuna, dan susun comel-comel tomato, bawang yang dihiris bulat, lada benggala dan cheese keping tadi.

Ok, dah boleh ngap. Baca Bismillah dulu ya. 

Khasiat roti whole grain kepada ibu hamil - mengenyangkan dan boleh menghilangkan loya! Boleh lah cuba.

***gambar tak sempat nak snap. Jadi ianya hanya ihsan google,hoho
***encik suami terus melantak bila dah siap.haha..daku pun terus ngap sebab memang dah lapar sangat~ kikiki


Ratu Suri

Jadilah Seorang Ratu Dan Suri Kepada Rumahtangga

Seorang WAHM sepenuh masa, komited dengan kesihatan ibu dan wanita. Boleh dihubungi di talian 0189028284 @ email: murshidahmazlan@gmail.com

0 comments:

Post a Comment