Hamil Selepas Keguguran, Fakta Yang Perlu Anda Tahu

by 19:20 17 comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Mengalami keguguran memang suatu episod duka dalam hidup seorang ibu. Namun, anda masih boleh berusaha untuk hamil. Bagaimana mahu merancang untuk hamil semula selepas berlaku keguguran? Selepas melalui fasa duka kesan keguguran yang dialami, anda boleh segera merancang untuk hamil lagi. Ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh hamil semula di antara tujuh hingga sepuluh hari selepas keguguran. Biarpun anda mungkin sedang mengalami pendarahan, anda tetap mempunyai peluang untuk hamil kerana ovulasi boleh berlaku bila-bila masa sahaja dalam kitaran haid. Anda boleh hamil semula sekiranya keguguran berlaku bukan melalui kaedah pembedahan. Jika anda perlu menjalani pembedahan seperti dilation & curettage (D&C), anda perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan supaya rahim kembali sembuh.


Sememangnya anda boleh hamil pada bila-bila masa yang anda mahu, namun seeloknya menunggu sehingga sebulan sebelum merancang semula untuk hamil. Ini sangat penting untuk memberi masa kepada tubuh dan rahim supaya sembuh sepenuhnya seperti sedia kala. Kesihatan suami dan isteri mestilah berada di tahap maksimum supaya keduanya dapat merancang untuk kehamilan seterusnya dengan baik. Kesihatan di sini bukan sahaja dari segi fizikal, malah juga mental. Tips utama, amalkan gaya hidup yang sihat, makan makanan yang seimbang dan dapatkan nasihat pakar jika timbul apa jua masalah supaya ia dapat ditangani dengan segera. 

Ada wanita yang bimbang keguguran yang dialami boleh menjejaskan kesuburan. Oleh itu, secepat mungkin mahu hamil semula dalam tempoh terdekat apabila sudah bersedia. Namun, sebenarnya keguguran yang berlaku secara semulajadi tidak akan menimbulkan masalah berkaitan kesuburan Sekiranya kitaran haid anda normal selepas keguguran terjadi, maka tidak perlu risau dengan kehamilan seterusnya. Masalah ketidaksuburan biasanya berpunca daripada parut luar biasa pada rahim selepas melalui prosedur D&C. Ada kajian menyatakan bahawa kehamilan seterusnya akan lebih sihat jika anda mendapat sokongan padu keluarga dan mengekalkan tekanan pada tahap minimum, sentiasa positif dan yakin dapat menjayakan kehamilan yang diimpikan. 



Umumnya kehamilan boleh berlaku meskipun anda mempunyai sejarah keguguran sebelum ini. Namun sangat penting untuk menitikberatkan soal kesihatan selepas keguguran. Masalah dari segi fizikal dan emosi boleh wujud sekiranya tidak dikawal dengan baik. Antara contoh, jika wujud parut pada lapisan rahim, ia akan menjadi isu yang serius. Apabila anda gagal untuk hamil selepas tiga kali kitaran haid, anda patut mendapatkan nasihat doktor dan melakukan pemeriksaan menerusi ujian ringkas. Ia mungkin melibatkan suntikan khas ke dalam rahim. Suntikan ini sebenarnya untuk mengesan sekiranya wujud parut di bahagian berkenaan yang boleh menghalang tiub fallopio. Sekiranya tersumbat, pembedahan wajar dilakukan.

Selepas keguguran...
  • Haid normal akan kembali seperti biasa selepas tiga hingga enam minggu.
  • Jangan berendam atau berenang dalam sauna panas.
  • Jangan melakukan hubungan intim sebaik sahaja keguguran.
  • Anda mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah ari-ari sama seperti rasa sakit yang dialami semasa haid. Ia mungkin berpanjangan selama dua hari selepas keguguran. Segera berjumpa doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Bagaimana mahu mengesan sekiranya anda hamil lagi? 
  • Dapatkan pemeriksaan doktor dan mengulangi ujian transvaginal sonogram serta ujian darah. 
Transvaginal sonogram diadakan untuk memastikan kehamilan benar-benar tiada. Ia mesti dilakukan selepas proses keguguran. Ujian air kencing boleh kekal positif selama sebulan maka perlu untuk anda membuat pengesahan kehamilan seterusnya dengan cara di atas.

Apa yang Shaklee dapat bantu bagi ibu yang mengalami keguguran dan hamil semula?

Sangat penting bagi ibu yang mengalami keguguran untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan tahap kecergasan selepas keguguran. Set lengkap kehamilan boleh diambil cuma ditambah dengan zink sebagai penyembuh luka dalaman. Bekalan vitamin dan nutrisi yang mencukupi boleh memberi kesegaran dan mengembalikan semangat ibu yang baru mengalami keguguran.
  • Zinc
  • B Complex
  • VitaLea 
  • Vitamin C
* Terpulang mengikut bajet masing-masing.



Apa sekalipun, pemakan seperti berpantang perlu dijaga. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping mengamalkan makanan tambahan yang dapat membantu kecergasan badan.Jika berminat untuk membuat belian online menggunakan kad kredit atau kad debit sendiri, ibu yang bijak boleh terus ke link ini:




Sekiranya anda hamil semula, anda boleh dapatkan Set Hamil dengan klik ke link berikut:
 


Untuk sebarang pertanyaan serta tempahan, hubungi saya di 0189028284. Konsultasi ekslusif buat pelanggan tersayang.

****

Murshidah Mazlan
Cucu Mak Jemah Jual Vitamin
0189028284 (call/sms/whatsapp/telegram/wechat)
Shaklee Independent Distributor ID 918509

**Mahu COD Shaklee? Hubungi saya 0189028284 bagi sekitar Sepang/ Nilai/ Salak Tinggi/ KLIA

Ratu Suri

Jadilah Seorang Ratu Dan Suri Kepada Rumahtangga

Seorang WAHM sepenuh masa, komited dengan kesihatan ibu dan wanita. Boleh dihubungi di talian 0189028284 @ email: murshidahmazlan@gmail.com

17 comments:

  1. Kesian kan orang yang keguguran ni... mesti trauma. Perlu kekuatan untuk hamil lagi... Yang penting amalkan supplemen untuk membantu menguatkan rahim semula. Shaklee la pilihan yang tepat kan??

    Jemput baca>>> Apa Itu Omega 3? Apakah Khasiat Dan Kepentingannya?

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Mentari pasti muncul lagi..Teruskan usaha..


    testimonial HEBAT omegaguard




    ReplyDelete
  3. Pernah mengalami..memang sedih..Jadi kalau nak hamil semula kena kuatkan Ramin dulu..
    InshaAllah supplement Shaklee boleh membantu






    Jom baca kurangkan derita sakit gout

    ReplyDelete
  4. Info menarik..baru lpas gugur 3 bulan

    ninyfariza82.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sedihkan kalau keguguran..usaha dan ambil supplemen inshaAllah ada rezki nanti

    ReplyDelete
  6. sedih bila berlaku keguguran, tp ikhtiar dengan supplement shaklee, alhamdulillah berjaya hamil lg

    ReplyDelete
  7. InshaAllah nnti ade rezeki lgi.pasti Allah dah atrkan yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  8. Banyak hal yang menjadi pemicu keguguran, tetapi jangan risau....insaaAllah akan ada ganti nya. Jagalah kesihatan anda metika berpantang dan amalkan pengambilan set pantang shaklee. Apabila anda sudah bersedia lagi nanti anda boleh mendapatkan cahaya mata lagi.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tak pernah lagi mengalami keguguran...memang kena kuatkan semangat bila alami keadaan macam ni.

    Jom baca senaman menjaga kesihatan

    ReplyDelete
  10. Baru2 ni je kawan sepejabat mengalami kandungan luar rahim dan kandungannya perlu digugurkan untuk keselamatan ibunya.. kalau inginkan anak yang sihat, ibu juga perlu sihat. Dalam tempoh kehamilan atau berpantang, ibu2 boleh makan makanan yang terhad. So, masa ni lah gunanya supplement supaya ibu dan bayi sentiasa mendapat nutrien yang lengkap. Dan bagi saya Shaklee adalah piliha yang tepat kerana vitaminnya adalah natural dan selamat untuk ibu dan bayi.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah tak pernah lagi alami keguguran...memang kena kuatkan semangat bila ada dugaan yang macam ni,

    ReplyDelete
  12. Orang tua-tua kata kalo gugur kena pantang ketat daripada lepas bersalin. Yang penting waktu pantang kena amalkan pemakanan yang sihat.

    info air ketuban yang mama perlu tahu


    ReplyDelete
  13. Wanita mana yang tak sedih kan bile keguguran.. Zuriat yang dikandung pergi meninggalkan kite sebelum sempat membesar dalam perut ibu.. Apapun, syurga menanti untuk anak itu..

    Jemput baca sini>> Jana Pendapatan dengan Shaklee Bantu Tampung Beban Suami

    ReplyDelete
  14. kuat dan tabah dalam menghadapi ujian, kita berusaha, Allah yang mengizinkan. Kuatkan rahim dengan esp shaklee http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/mengapa-esp-shaklee-berbeza-dengan-soya.html

    ReplyDelete
  15. info yang bagus...semoga mereka yang pernah alami keguguran dapat hadapinya dengan tabah..

    ReplyDelete