7 Cara Atasi Puting Luka Atau Merekah

by 06:15 0 comments

Assalamualaikum.

Pengalaman menyusukan anak memang menggembirakan bagi seorang ibu namun kadangkala ia jadi satu saat yang mengerikan bilamana sesuatu terjadi pada puting susu kita. Ibu yang menyusukan anak pasti pernah melalui saat puting susunya terluka. Lebih - lebih lagi jika menyusukan anak buat pertama kali. 

Kata orang, anak lelaki lebih kuat menyusu berbanding anak perempuan. Jadi, anak lelaki akan lebih kerap menyusu dan kadar sedutan lebih kuat berbanding anak perempuan. Ratusuri pun tidak pasti mengenai hal ini kerana kedua-dua anak Ratusuri adalah lelaki. 😅

Berbalik kepada isu puting susu yang luka, sebab utama berlakunya hal ini kerana bayi hanya menghisap puting dan tidak pada areolanya. Maka ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Jadi sangat penting untuk para ibu tahu kedudukan menyusu yang paling selesa dan betul. Bagaimana jika puting susu sudah terluka atau merekah? Jom lihat 7 langkah dalam mengatasi puting susu yang luka atau merekah.

1. Pilih kedudukan yang selesa. Dekatkan bayi ke payudara.

2. Pastikan bayi memasukkan areola ke dalam mulutnya.

3. Berikan bayi hisap payudara yang tidak sakit dahulu. Bila susunya mengalir dengan elok, beralihlah ke payudara yang sakit.

4. Ketahui cara untuk mengeluarkan puting dari mulut bayi, iaitu dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi.

5. Sapukan puting dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losyen puting.

6. Dedahkan puting yang sakit dengan udara sekerap mungkin. Elakkan daripada memakai coli sehingga kesakitannya reda.

7. Jika puting terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu supaya pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.


Daripada gambar ini, dapat dilihat cara-cara yang betul dalam melakukan teknik lekapan ketika menyusukan anak. Teknik lekapan yang betul boleh mengurangkan risiko puting terluka atau merekah. Apabila bayi dapat menyusu dengan betul sehingga kenyang, penyusuan kita telah berjaya dan semestinya kita lah ibu yang paling gembira.

Love to share, 
Ratusuri 

Ratu Suri

Jadilah Seorang Ratu Dan Suri Kepada Rumahtangga

Seorang WAHM sepenuh masa, komited dengan kesihatan ibu dan wanita. Boleh dihubungi di talian 0189028284 @ email: murshidahmazlan@gmail.com

0 comments:

Post a Comment